Wednesday, February 23, 2011

Isabella, Edisi Pelima Media (2011), Abdullah Hussain


Penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Penterjemah : Dato' Abdullah Hussain
Penerbit: Pelima Media (2011).

Selepas lebih 20 tahun, akhirnya kita dapat menemui kembali novel terjemahan Abdullah Hussain. Moga-moga segera menemui pembaca di seluruh Malaysia.

Edisi asal Bahasa Inggeris, yang menarik minat Abdullah Hussain untuk menterjemahnya.

Edisi 1988 (Marwilis Publisher), Penterjemah: Abdullah Hussain

Edisi 2009 (Navila, Indonesia), Penerjemah: Margono

 
Edisi 2010 (Kharisma Network Sdn. Bhd), Penterjemah: Norhawanis Othman
Edisi ini diterjemahkan daripada Bahasa Indonesia.

Sumber:
1) cover Edisi Kharisma


Senarai Karya Abdullah Hussain

Novel
- Dia... Kekasihku, Johor Baru: The Annies Printing Works, 1941, 64 hlm
- Kasih Isteri, Johor Bahry: The Annies Printing Works, 1941, 112 hlm
- Amin Pemuda Desa, Pulau Pinang:  Penerbitan Angkatan Baru, 1947, 77 hlm
- Berenang di Lautan Madu, Singapura: Geliga Limited, 1957, 96 hlm
- Kalau Tidak Kerana Tuan, Singapura: Geliga Limited, 1957, 75 hlm
- Janganlah Jangan, Kuala Lumpur:  Penerbitan Angkatan Baru, 1964, 135 hlm
- Si Bulat Pemuda Desa, diterbitkan melalui majalah cerita bulanan, Terang Bulan, Oktober 1964, Bil. 1, 37 hlm
- Terjebak, Kuala Lumpur:  Penerbitan Pustaka Antara, 1964, 380 hlm
- Peristiwa, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1965, 273 hlm
- Rantau Selamat, Kuala Lumpur: Pustaka Nasional, 1965, 508 hlm
- Aku Tidak Minta: Pustaka Nasional, Singapura, 1967, 149 hlm.
- Interlok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, 341 hlm
- Intan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 112 hlm
- Noni, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1976, 133 hlm
- Buih di atas Air, Kuala Lumpur:  Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1980, 201 hlm
- Masuk ke dalam Cahaya, Kuala Terengganu: 1983, 306 hlm, dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, (Edisi Khas Sasterawan Negara), 1997, 323 hlm
- Imam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1995, 705 hlm
- Dan Malam, Apabila Ia Berlalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006, 516 hlm

Cerpen
- Cerpen : Hadiah (Peny. Bersama A. Bakar Hamid), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 329 hlm
- Jejak Langkah (Peny. Bersama Ismail Ahmad), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975, 285 hlm
- Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm
- Kota ke Kota, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977, 194 hlm
- Sebuah Impian (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd., 1979, 235 hlm
- Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm
- Bunga Gunung (antologi bersama), Kuala Lumpur:  Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm
- Sebuah Pekan Bernama Semporna, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 303 hlm
- Menunggu Ratu Adil  (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm
- Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm
- Dari Kota Cahaya (Edisi Khas  Sasterawan Negara), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 681 hlm

Drama
- Di Atas Pentas (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 209 hlm

Esei/Kritikan
- Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 64 hlm
- Proses Kreatif: Satu Pengalaman Rohani, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

Autobiografi
- Sebuah Perjalanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 547 hlm
- Perjalanan Mencari Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.
- Perjalanan Mencari Hikmah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.
- Perjalanan Mencari Diri, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.

Biografi
- P. Ramlee Seniman Agung, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1973, 216 hlm
- Pendeta Za’ba dalam Kenangan (bersama Khalid Hussain), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,  1974, 318 hlm
- Harun Aminurrashid: Pembentuk Semangat Kebangsaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 412 hlm.

Terjemahan
- Orang Tua dengan Laut/Ernest Hemingway, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961, 127 hlm
- Bumi Bertuah/Pearl S. Buck, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1962, 409 hlm
- Mutiara/John Steinbeck, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1962, 122 hlm
- Angin Timur Angin Barat/Pearl S. Buck, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, 229 hlm
- Lorong Midaq/Naguib Mahfouz, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 443 hlm
- Isabella/Maulana Mohammad Saeed, Shah Alam: Marwilis Publisher, 1988, 203 hlm

Umum
- Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1965, 207 hlm
- Kamus Simpulan Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966, 464 hlm
- Balabatu dan Lain-lain, Kata-kata Sebunyi, Singapura: Harmy Press, 1959, 172 hlm
- Bunga Bahasa, Singapura: Malay Publishing House Ltd., 1961, 318 hlm
- Pertemuan Sasterawan Nusantara IV (Peny. Bersama Mohd. Shahri Hussin), Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 249 hlm
- Canai Budi (kumpulan peribahasa), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 182 hlm

Rujukan
1) sumber teks DBP
2) cover Isabella Goodreads

Tuesday, February 22, 2011

Bapaku P. Ramlee (2007), Nasir P. Ramlee

Tajuk: Bapaku P Ramlee 
Penulis: Mohamad Nasir P Ramlee 
Penerbit: MPH Group Publishing Sdn Bhd (2007)
m/s: 148 (including cover) 
ISBN: 978-973-3698-41-7


Saya suka membaca memoir orang terkenal (pejuang komunis, pejuang bahasa, sasterawan, tokoh sejarah dsbnya). Ini kerana mereka dikurniakan skrip hidup yang luar biasa dan tidak semua orang kebanyakan dapat menempuh liku-liku hidup seperti mereka. Memoir mereka mungkin peribadi, namun sedikit sebanyak ada pengajaran dan moral yang boleh dipelajari.

Nasir (1953-2008) dalam Prakata memberikan kredit kepada beberapa orang seperti Yusnor Ef dan Tan Sr Ahmad Sarji yang sudi membantu memperkemaskan tulisan beliau dalam buku ini. Dengan sokongan mereka dan rakan-rakan lain, maka buku ini berjaya disiapkan dan diterbitkan pada 2007, setahun sebelum beliau dijemput Illahi.

Nasir berkali-kali menegaskan dalam buku ini, sepanjang pengetahuan beliau, hanya dialah anak kandung (biological son) tunggal P. Ramlee. Nasir adalah hasil perkahwinan P. Ramlee dengan Junaidah D. Harris. Perkahwinan mereka selama 3 tahun berakhir dengan perceraian, dan Nasir yang masih kecil ditinggalkan untuk dijaga oleh bapanya. Ada kisah dalam buku ini, beberapa tahun kemudian, Junaidah cuba mengambil kembali Nasir daripada bapanya, namun tidak berhasil.

P. Ramlee seterusnya berkahwin dengan Noorizan (kemudian bercerai) dan Saloma (isteri sehingga akhir hayatnya). Nasir ada menceritakan dua kehidupan berbeza antara kedua-dua ibu tiri tersebut. Noorizan tegas dan berdisiplin tinggi, sesuai dengan hidupnya dulu sebagai seorang kerabat diraja. 'Mama' Saloma pula pada awalnya tidak diterima oleh Nasir, namun berkat kesabaran dan 'pujukan' akhirnya Nasir menerima juga.

Saloma juga mempunyai  minat dan kasih seperti P. Ramlee yang gemar mengambil anak angkat. Maka hidup Nasir pada tahun-tahun awalnya diserikan dengan kehadiran adik-beradik angkat ini. Tidak semua adik-beradik angkatnya itu pula adalah orang Melayu (i.e. Dian P. Ramlee). Menurut Nasir, proses pengambilan anak angkat pada waktu itu dibuat secara civil dengan nama P. Ramlee didaftarkan sebagai bapa mereka.

Jika tiada lain, buku ini mampu menimbulkan keinsafan kepada kita untuk menghargai bapa kita. Janganlah setelah bapa pergi, barulah kita menyesal akan segala perbuatan yang telah lalu. Selagi masa itu diizinkan Allah untuk kita bersama mereka, maka layanlah bapa (dan Ibu) kita dengan penuh hormat dan kasih sayang.

Wednesday, February 16, 2011

Senarai Karya S. Othman Kelantan



Novel:
-Pengertian, Machang: Penerbitan Pustaka Murni, 1966, 140 hlm.
(Edisi baru dengan judul Norbani, Kuala Lumpur : Penerbitan Pujangga, 1980);
-Pertentangan, Kuala Lumpur (KL): Penerbitan Pustaka Antara, 1967, 187 hlm.;
-Angin Timur Laut, KL: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan), 1969, 138 hlm.;
-Perjudian, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1973, 161 hlm.;
-Juara, KL: DBP, 1976, 159 hlm.;
-Perwira, Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1980, 219 hlm.;
-Ruang Perjalanan, KL: DBP, 1989, 276 hlm.;
-Wajah Seorang Wanita, KL: DBP, 1990, 353 hlm.;
-Ustaz, Bangi: Citra Publishing, 1991, 252 hlm.;
-Nagogho Astana, Taman Melawati: Pustaka Nusa, 1997, 279 hlm.
-Orang Kota BharuKuala Lumpur: DBP, 2003.


Novel Kanak-Kanak:
-Khazanah Bukit Keluang, Amiza, Petaling Jaya, 1989.
-Pendaki yang Berjasa, Amiza, Petaling Jaya,1989.
-Kawan Tersayang, Amiza, Petaling Jaya, 1989.
-Misteri Taman Rimba, Amiza, Petaling Jaya, 1989.

Cerpen:
-10 Cerpen Masyarakat III (antologi bersama), KL: Utusan, 1963, 138 hlm.;
-Gelisah (antologi bersama), KL: Utusan, 1967, 165 hlm.;
-13 Cerpen, Kota Bharu: Syarikat Dian Sdn. Bhd., 1970, 120 hlm.;
-Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama), KL: Penerbitan UM, 1977, 446 hlm.;
-Surat (Kumpulan Cerpen 1970-1974), Kuala Lumpur: DBP, 1979, 142 hlm.;
-Ibu, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1980, 158 hlm.;
-Minden, Senjamu Adalah Perubahan (antologi bersama), Penang: Teks Publishing, 1981, 136 hlm.;
-Menjunjung Titah Perintah (antologi bersama), Subang Jaya: Tra-Tra Publishing, 1984, 246 hlm.;
-Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), KL: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm.;
-Mimpi Paduka (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing, 1984, 172 hlm.;
-Perkahwinan Rama-rama, KL: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1984, 276 hlm.;
-Angin Pulau (antologi bersama), KL: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.,
-Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985, 339 hlm.;
-Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), PJ:  Penerbit Fajar Bakti, 1986, 286 hlm.;
-Beberapa Pembetulan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 242 hlm.
-Berjalan-jalan di Sini, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
-Pada Suatu Ruang
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.


Lain-lain:
-Filsafat Ala, Kota Baharu: Pustaka Aman Press, 1963, 168 hlm.;
-Sastera dan Agama (antologi bersama), KL: DBP, 1984, 103 hlm.;
-Kelantan dalam Perspektif Sosiobudaya: Satu Kumpulan Esei (antologi bersama), Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1985, 348  hlm.

-Novel: Tanggapan dan Kritikan, Bangi: Penerbit UKM, 1986, 210 hlm.;
-Teknik Mengkaji Novel (Dalaman dan Luaran), KL: Karya Bistari Sdn. Bhd., 1986, 106 hlm.; 
-Arah Pemikiran Sastera Malaysia, Bangi: Penerbitan UKM, 1987, 207 hlm.;
-Kecenderungan Baru dalam Novel Melayu: Satu Kajian Struktur, KL: DBP, 1987, 239 hlm.;
-Acuman Mahkota, (sebagai penyelenggara), KL: Teks Publishing, 1988, 585 hlm.;
-Novel-novel Hamzah, (sebagai penyelenggara), KL: DBP, 1989, 338 hlm.;
-Pemikiran Satira dalam Novel Melayu, KL: DBP, 1997, 329 hlm.


---
Kredit:
a) bwpian.blogspot.com
b) USM Library OPAC
c) cover "Pengertian", cover "Angin Timor Laut"


Wednesday, February 09, 2011

Karya A. Samad Said telah diPTSkan...?

Bendera di Atas Bukit, A. Samad Said
Harga: RM 9.00 / RM 10.00
ISBN-13: 978-967-5136-73-3
Jumlah Muka Surat : 80
Rumah Rahsia, A. Samad Said
Harga: RM 9.00 / RM 10.00
ISBN-13: 978-967-5136-74-0
Jumlah Muka Surat : 96
Tarikh Terbit: 25 Dec 2010
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd

Saya berjaya menghubungi Sdr Helmy Samad dan bertanyakan mengenai edisi terbaru oleh PTS. Tiada apa-apa perubahan dalam kandungan (seperti ayat-ayat yang diringkaskan atau dipermudahkan). Masih sama seperti edisi asal, cuma perbezaan rekabentuk dan cover yang kini lebih segar dan kontemporari. Good to know.

Idea mengenai susunan buku di atas (yaitu mempertemukan kedua-dua buku untuk membentuk gambar yang lebih besar, a bigger picture) saya temui pertama kali di blog melihat buku. Sila baca blog beliau mengenai wujudnya kesalahan-kesalahan serius dalam ejaan yang terdapat dalam buku-buku tersebut.

Monday, February 07, 2011

Ikhtisar sejarah Kelantan (2002), Abdul Razak Mahmud


Ikhtisar Sejarah Kelantan : Tanah Serendah Sekebun Bunga / Abdul Razak Mahmud
Kota Bharu : Pustaka Aman Press, 2002.

---

Sunday, February 06, 2011

Senarai Karya Mohd. Affandi Hassan

Novel

Aligupit / Mohd. Affandi Hassan
Kota Bharu: Penerbit Tiga Puteri, 1993.

Jejak warisan / Mohd. Affandi Hassan (Kuartet; Jilid 1)
Kota Bharu : Penerbit Tiga Puteri, 1994.

Citra pujangga / Mohd. Affandi Hassan (Kuartet; Jilid 2)
Shah Alam : Fajar Bakti, 1994.

Tampang sasterawan / Mohd. Affandi Hassan (Kuartet; Jilid 3)
Shah Alam: Fajar Bakti, 1994.

Wajah pendeta / Mohd. Affandi Hassan (Kuartet; Jilid 4)
Shah Alam: Fajar Bakti, 1996.

Pujangga Melayu / Mohd. Affandi Hassan (Kuartet)
Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti, 1997.


Kumpulan cerpen

Mati-nya sa-orang pahlawan / Mohd. Affandi Hassan
Kota Bharu: Sharikat Dian, 1971.

Le Masque / Mohd. Affandi Hassan
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974.

Mimpi rakyat / Mohd. Affandi Hassan
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.

Pura bujangga / Mohd. Affandi Hassan
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

Tenggelam di lautan China / Mohd. Affandi Hassan
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

Biarlah orang tahu / Mohd. Affandi Hassan
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.


Lain-lain

Pendidikan estetika daripada pendekatan tauhid / Mohd. Affandi Hassan
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Cendera Kirana : sajak-sajak tiga baris = Haiku in Malay / Mohd. Affandi Hassan
Kuala Lumpur : National Institute of Public Administration, 1994.

Medan-medan dalam sistem persuratan Melayu / Mohd. Affandi Hassan
Kota Bharu: Tiga Puteri, 1994.

Bukan ahli Umno, bukan salah SSB / Mohd. Affandi Hassan
Shah Alam: Fajar Bakti, 1998.

Gagasan persuratan baru : pengenalan dan penerapan /
Mohd. Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd. Tahir, Mohd. Zariat Abdul Rani
Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008.

--
sumber gambar
--