Thursday, November 03, 2011

Melaka ditubuhkan pada 1262 pulak doh

Penyelidik: Melaka diasaskan pada 1262, bukan 1400 
 
Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri Melaka menemui tarikh baru kerajaan Melayu Melaka diasaskan iaitu pada tahun 1262, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, penemuan tarikh baru itu sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 1278 oleh pasukan penyelidik itu pada bulan lalu.

Dengan penemuan tarikh baru itu (1262) juga menolak pendapat penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) di Melaka, hari ini.

Pasukan penyelidik dengan sembilan anggota termasuk pakar sejarah dari universiti tempatan, dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mereka diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenal pasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lalu.

Mohd Ali berkata, pasukan penyelidik berkenaan memilih tahun 1262 itu berdasarkan kepada sumber daripada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang Sultan Johor yang merupakan pemilik naskah tersebut.

- Bernama

Mengambil keputusan daripada satu sumber seperti Sejarah Melayu bukanlah satu keputusan yang boleh dikatakan muktamad. Sejauh mana tepatnya maklumat daripada Sejarah Melayu ini banyak boleh dipertikaikan. Orang kita sejak dulu sampai sekarang cuma ada dan bergantung pada 'Sejarah Melayu' itu sahajalah. Kita tidak punya tradisi menyimpan rekod istana seperti tamadun China yang wujud beribu-ribu tahun yang lampau.

Lagi pula kenyataan ini disokong pula oleh tokoh politik yang selalu mengambil keputusan unilateral dengan mengisytiharkan sesuatu fakta tanpa perlu diperdebatkan dalam dunia akademik terlebih dahulu. Kena la publish paper terlebih dahulu, ada tokoh akademik lain review dulu paper tu. Barulah fakta boleh pakai. Kalau cam gini mengubah sejarah tidak mengapa pula.

Kalau benar 1262, siapa pula Sultan-sultannya? Atau jika belum dipanggil Sultan? Siapa tokoh-tokohnya? Orang Laut memang dah lama tinggal di area Melaka tu, jadi mereka inilah agaknya yang menubuhkan Melaka. Banyak lagi jadi persoalan.

--

0 comments: