Thursday, October 20, 2011

Big Bad Wolf (BBW) 2011, MAEPS Serdang

Untuk sampai ke BBW 2011, Serdang, nampaknya tiada banyak pilihan melainkan terpaksa menaiki tren Komuter. Dari stesen KTM, aku naik teksi kerana MAEPS agak terpencil dan tiada bas yang ke sana. Pakcik teksi bagi harga tiada runding, RM24.00.Sekitar jam 9.15 pagi, hari ke-2 BBW, aku akhirnya tiba di MAEPS.

FYI, di MAEPS inilah saban tahun diadakan ekspo MAHA, ekspo pertanian tu. Dengar cerita, Universiti Perdana yang baru buka tu pun ada kampus tumpang di sini. Pakcik teksi tak dapat nak hantar sampai ke pintu utama, sebab ada road block untuk kenderaan awam. Security ada di mana-mana. Tak tahulah samada mereka ini yang sedia bertugas di MAEPS ataupun diupah ke sana oleh penganjur. 

Tidak ingin memanjakan diri dan menunggu lama untuk shuttle yang disediakan, aku menapak sahaja. Berbaloi juga, sebab sekurang-kurangnya aku dapat berbaris-baris di bahagian hadapan.

Cerita pasal berbaris ni, anda akan kagum dengan sesetengah sifat orang kita. Mereka datang lewat tapi dapat potong ke depan dengan berkata seperti ini, 'Eh, itu Hisham kan, kat depan tu? Rakan kita masa kat U itu hari...', lalu dengan sekonyong-konyong memintas ke depan dan menyapa 'Hisham' tersebut dan dapatlah mereka tempat di hadapan. Ini berlaku semasa BBW 2010, dan akan berlaku lagi pada masa hadapan. Percayalah.

Oleh kerana BBW 2011 kali ini ditaja oleh Kad Kredit OCBC, maka istimewa kali ini, setiap yang berbaris untuk masuk ke dalam akan diganggu oleh salesperson mereka. Aku rasa bertuah kerana dua kali disapa mereka, tapi setiap kali juga aku buat muka manis menolak pelawaan mereka. Kesian pun ada pada mereka tu, cari rezeki dengan cara tu, tapi hari tu aku perlu kesian kat diri aku dulu.

Pukul 10.00 ke atas, pintu siap dibuka dan akhirnya orang ramai dibenarkan masuk. Yang kurang cerdik pergi rebut cari kotak dulu yang diletakkan hampir dengan pintu masuk. Dah sampai sini, surveylah buku dulu. Tapi tidak mengapa, kesilapan mereka adalah keuntungan buatku. Aku dah siap bawak beg, tinggal pilih buku jer.

Sedikit kecewa buku Stephen King (SK) tiada bersisa, buku Richard Bachman adalah. Mungkin ada orang tidak tahu, nama kedua itu nama pena SK juga. Tapi sayang buku yang tinggal tu, sudah pun kubeli pada BBW 2010. Mungkin tahun ini, tiada novel SK yang ditawarkan, kataku nak menyedapkan hati. Inilah padahnya kalau datang hanya pada hari kedua, kita tak tahu apa yang sudah kita miss pada hari pertama.

Sedikit kecewa, aku hanya pulang membawa 'consolation prize' dan dengan belanja yang kurang sedikit berbanding BBW 2010. Tidak mengapalah, panjang umur, ada rezeki, BBW 2012 aku akan pergi, tidak kiralah kat mana mereka anjurkan.

Yang harga RM8
a) Agatha Christie, Then They Were None
b) Klasik 'African Queen'
c) Michael Crichton, Pirate Lattitudes
d) 3 novel Jeffrey Archer
e) James Bond, Devil May Care
f) Haunted Heart: The Life and Times of Stephen King
g) Samir El-Youssef, The Illusion of Return

Yang harga RM10
a) John Woo's 7 Brothers (comic)
b) 4 buku kanak-kanak




2 comments:

Small Kucing said...

tak perlu tunggu sampai tahun depan...I baru tengok kat FB dia orang. Ada Aftermath sale this 24-28 Nov. Yahooo!

mxypltk said...

betul ker...alamak kena turun KL lagi la ni. Terima kasih untuk info ini, small kucing.