Thursday, October 20, 2011

Apa nilai sejarah untuk insan sekerdil kita?



 Author: Syed Muhammad Naquib Al-Attas  
 Publisher: Penerbit UTM Press 
 • 2011 • ISBN 978-983-52-0789-1 • 170 pages • 0.5 kg • Edition 1


Saya menulis ini kerana geram pada buku ini yang berharga pada luar jangkauan saya sekarang. Akhirnya seperti musang yang gagal memakan anggur dalam Aesop's Fables, saya ingin bertanya, Apa nilai sejarah untuk insan sekerdil kita? 

Setelah membaca mana-mana buku sejarah, paling sedikit insan kerdil boleh buat ialah kagum pada insan yang menulis buku tersebut. Betapa masa dan keringat yang telah dicurahkan mereka dalam menghasilkan karya tersebut. 

Dengan hanya setebal, bukan, dengan hanya senipis 170 muka surat, berapa banyak sangatlah boleh cerita. Paling penting, berapa banyak pula yang tidak diceritakan dalam karya tersebut? 

Sejarah hanya boleh dicipta jika kita berkuasa. Lihat sahaja Lenin. Lihat sahaja Hitler. Insan kerdil menjadi bahan sejarah bukan pencipta sejarah. Mereka boleh kagum dan insaf dengan sejarah, tapi itu sahajalah hasilnya.

5 comments:

Faizal said...

Berapa harganya?..Apa isi-isi penting kandungan buku ini. Satu dua contoh kalau sudi.

T.K

mxypltk said...

Salam Faizal, terima kasih sudi ke mari.

Saya fikir buku ini mungkin amat menarik untuk dibaca, tapi sekarang saya tidak mampu beli pada harganya RM180.00.

Sinopsis daripada Books Online:

In this book the author gives a penetrating insight into the ways of spurious thinking and analytical reasoning among historians of the Malay Archipelago in their explanation and interpretation of historical events pertaining to the coming and spread of Islam in the Archipelago. He exposes errors and fallacies in their chronological framework and educated conjectures, their tainted assumptions on the religious and cultural effects of Islamization in indigenous history. In dealing with the Islamic past his critique of their empirical and inductive methods and weak logical analysis and rational estimation deserves due appreciation. In contradiction to what the historians assume as the facts of history the author demonstrates his own explanation and interpretation of the major issues and casts new light on many basic matters that have hitherto eluded inquiry.

Merbawi Jr. said...

Assalamu'alaikum... Pertama kali melawat blog tuan. Sangat menarik dan bermanfaat. Saya pun tak mampu membelinya... Hanya dapat membaca ulasan buku ini oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor dalam blog Prof. Awang Sariyan... lihat pautan.

http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/09/buku-prof-al-attas-historical-fact-and.html

mxypltk said...

Salam Merbawi Jr.,

Terima kasih kerana berkunjung ke mari. Dan kerana berkongsi link tersebut.

HAKIM

Merbawi Jr. said...

Assalamu'alaikum.

Saudara, bolehkah saya dapatkan alamat e-mel saudara. Saya sangat berhajat sekiranya saudara dapat membantu saya untuk untuk mendapatkan salinan buku Raja Haji Fisabilillah: Hannibal dari Riau. Saya sedang menjalankan kajian tentang bendera perang Raja Haji yang dirampas oleh Belanda dalam Perang Melaka 1784 itu. Saya gagal mencarinya di kedai pengimport buku-buku Indonesia di KL. Harap sudi membantu saya. Saya juga telah menghantar komen dalam posting saudara "Ulasan buku: Raja Haji Fisabilillah, Hannibal dari Riau" bertarikh pada Selasa, 15 Ogos 2006.

Terima kasih atas perhatian saudara.

Merbawi Jr.
zahamri@siswa.um.edu.my