Sunday, October 23, 2011

Al Fatihah buat Muammar Gaddaffi (1942-2011)

Muammar Gaddafi (1942-2011)

This is no way to treat a human being.

Mereka yang mengelilingi Gaddafi pada hari kejadian tentu sudah tiada iman. Sanggup mereka membelasah orang tua ini, yang tidak berdaya, dan lemah, setelah orang yang sama pernah memimpin mereka semasa senang dan semasa susah selama 40 tahun yang lepas.

Apa pun salahnya, Gaddafi patutlah dibicarakan di dalam mahkamah seperti halnya arwah Saddam Hussein. Mujurlah Saddam Hussein itu ditangkap oleh tentera US, yang sekafir-kafir mereka masih punya hati dan perasaan untuk memperlakukan Saddam seperti manusia.

Inilah imej orang lslam yang sengaja dipaparkan dan boleh dibaca secara halus oleh orang bukan Islam bahawa orang Islam ini tidak berperikemanusiaan dan pengganas. Terbuktilah 'tuduhan' mereka selama ini. Mana sifat sabar yang ditekankan oleh Rasulullah, terhadap musuh yang lemah dan tidak berdaya. Dan bukankah Gaddafi ini juga seorang Muslim, yang tetap bersaudara dunia dan akhirat dengan kita?

Adakah sewaktu mereka memukul Gaddafi ini, mereka manusia ber"agama" Islam atau manusia ber"bangsa" Arab yang dulu terkenal zalim ketika zaman Jahiliyyah?

Sebenarnya berjaya sudah agenda musuh Islam, yang saya lihat sengaja mencetuskan rusuhan negara Arab yang bermula di Tunisia (negara jiran Libya). Apa yang saya boleh 'baca' ialah musuh Islam mengharapkan apa yang berlaku di Tunisia segera berjangkit ke Libya. Malangnya, yang terkena ialah Mesir dahulu (mereka tidak peduli sangat pada Mesir kerana Mubarak sudah lama jadi kawan mereka). Mereka mahu jangkitan revolusi Tunisia ke Libya, kerana mahu lihat Gaddafi segera jatuh.

Seorang lagi kepala negara Arab yang tidak sebulu dengan musuh Islam ialah Bashar Assad (Syria), yang mewarisi ketidakserasian itu daripada arwah bapanya, Hafeez Assad. Percayalah bahawa Projek Assad ini akan menjadi agenda mereka seterusnya (yang kini sudah berjalan pun dengan ketegangan berterusan di Syria).

---

0 comments: