Monday, May 23, 2011

Sikap orang kita...(Tanah runtuh 2011)

Ahad Mei 22, 2011

Pembangunan Di Kawasan Lereng Dan Berbukit Tidak Dihentikan: Nong Chik

KUALA LUMPUR: Semua pembangunan di kawasan lereng dan berbukit di Kuala Lumpur tidak akan dihentikan asalkan pemilik tanah dan pemaju mematuhi syarat-syarat teknikal mengikut Garis Panduan bagi PerancanganPembangunan di kawasan bukit dan cerun di Wilayah Persekutuan 2010 (GPWPKL 2010).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata selain pemantauan berterusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), pihaknya juga akan memastikan mereka yang ingin memajukan sesuatu kawasan perlu mengikuti setiap perkara dalam garis panduan itu.

Jika dipatuhi, beliau berkata risiko kejadian tanah runtuh dapat dikurangkan kerana kebanyakan amalan atau garis panduan yang diluluskan itu turut diguna dibeberapa negara termasuk di Hong Kong dan terbukti berkesan. "Kita tidak boleh kata 100 peratus tidak akan berlaku tetapi kalau langkah keselamatan diambil secara teknikal oleh pemaju dan dipantau oleh pihak berkuasaseperti DBKL, kemungkinan risiko berlakunya kejadian itu berkurangan.

Berita penuh sini.

---
Dapat dikurangkan....bukan dielakkan.
Pengurusan alam sekitar pun tidak terjaga, inikan pula nanti teringin nak bangunkan loji nuklear.


Korang tahu Macchu Picchu tak? Kompleks binaan Inca di Peru. Binaan berusia lebih 500 tahun itu turut dibina di lereng bukit dan mengalami curahan hujan lebat sepanjang tahun. Tu tengok awan tebal dalam gambar di atas. Tapi lihatlah puing-puing Macchu Picchu masih tetap ada (dengan izin Allah jua semuanya). Ini kerana ada usaha manusia zaman tersebut untuk menjalankan pembangunan yang mengambilkira kelestarian alam sekitar (sustainable).
_

0 comments: