Sunday, May 22, 2011

Memoir Arena Wati (Cetakan Kedua)


Buku ini sudah dicetak sebagai Cetakan Kedua pada tahun 2010 lagi. Diam-diam dah setahun rupanya. Jujurnya aku tidak lihat buku ini pada KLIBF 2010. Hanya pada KLIBF 2011 baru-baru ini, ku temui dalam booth penerbit-penerbit universiti. Mujurlah Penerbit UKM sudi menerbitkan kembali memoir pertama dalam Siri Memoir-Memoir UKM yang sebelum ini pernah menghidangkan kisah hidup tokoh-tokoh seperti Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ibrahim Chik, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi.

Aku sudah punya buku ini iaitu Cetakan Pertama 1991. Masih banyak lagi chapter yang belum habis dibaca lantaran tebalnya. Harga pada waktu itu pun cuma RM100. Bandingkan kenaikan sekali ganda pada Cetakan Kedua ini iaitu RM200. Tidak menghairankan kerana beza waktu hampir 20 tahun, dunia telah banyak berubah, termasuklah kos hidup yang semakin meningkat.

_

0 comments: