Wednesday, March 24, 2010

Rahsia di Sebalik Wajah (1990), Malungun

Malungun (1938-2007)
Creative Enterprise (1990)
ISBN : 967-9987-54-4

Aku pernah memiliki novel ini dahulu pada awal penerbitannya, sebelum hilang musnah dalam satu peristiwa. Dua dekad berlalu, novel ini kembali kujumpa dalam satu forum jualan dan ditawarkan dengan harga yang tidak dapat ditolak (the offer that I can't refuse).

Walaupun pernah membacanya dahulu, membaca kembali novel ini rasanya sama seronok dan saspens seperti 20 tahun yang lampau. Tidak keterlaluan dikatakan novel ini adalah unputdownable dan aku membacanya dalam tempoh sama sehari sahaja. Lagipun novel ini tidaklah terlalu tebal, cuma sekitar 175 mukasurat.

Kisah si dara malang bernama Peah yang berhajat untuk memulihkan wajah hodohnya tetapi terjebak dalam tipu daya syaitan yang menyesatkan. Cuma sedikit kekurangan adalah pada endingnya yang seperti ditulis agak tergesa-gesa dan tidak dimantapkan dengan baik. Beberapa watak penting baru (i.e. Tuk Ngah dan Bujang) tiba-tiba diketengahkan dan tidak dikembangkan dengan sempurna.

Mengenai penulis, aku sendiri kurang mengenalinya melainkan beliau adalah penulis novel ini. Namanya juga ada sebagai penulis dalam kisah-kisah 'Malang si Malim' dalam komik Gila-Gila pada satu waktu yang lalu. Ikuti memoir A.F. Yassin bersama Malungun di sini, untuk perkenalan lebih lanjut.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Amir Hamzah Shamsudin (Malungun), yang telah kembali ke Rahmatullah, pada 27 Februari 2007.

Kredit: Gambar dari The Books Galore

6 comments:

annfalberhan said...

di mana saya nak cari buku ini??dulu masa kecik2 pon sy pernah baca buku ni..sangat menarik.cari di kedai dah tak ada..

mxypltk said...

Ini jumpa kat Bazaar Chowrasta. Selamat mencari...

ihsahn said...

salam, jikalau ada senaskah lagi masterpiece ini, sya berminat...emel sya dead666times@hotmail.com

Anonymous said...

Saya rasa saya tau kenapa buku ni penamatnya agak tergesa-gesa.

Buku ini asalnya ditulis sebagai siri dalam majalah Fantasi terbitan Kreatif Enterprise (lebih menarik kerana lebih banyak ilustrasi untuk setiap bab). Tiba-tiba, pada masa yang sama, RTM menyiarkan sebuah siri TV dengan nama dan cerita yang sama. Pihak Kreatif & Malungun mengambil keputusan untuk menamatkan siri Rahsia Di Sebalik wajah dengan segera sebelum siri TV mampu menamatkan siri mereka.

Akhirnya, bagi saya, kedua-dua pihak agak kerugian kerana siri TV memang hancur dan siri buku agak tergantung.

mxypltk said...

Terima kasih buat tuan/puan yang singgah.

Moga buku ini dapat diterbitkan semula /reprint. Di Malaysia, reprint tidak mudah dilaksanakan. Melainkan jika punya fan base yang kuat seperti Ramlee Awang Murshid, maka tidak semudah itu untuk reprint.

Terima kasih buat saudara(i) yang berkongsi pasal siri TV dan kaitannya dengan novel ini. Amat menarik.

fana said...

menarik..
tapi kalau novel2 lama ni payah nak jumpa dah..
dan kalau ada lagi, nak lah juga buat koleksi..