
Sebahagian aksi dalam 2012
Filem dipuja dan dipuji setinggi langit mana pun tetap merupakan karya rekaan. Apatah lagi filem-filem Roland Emmerich, yang kebanyakannya boleh diklasifikasikan sebagai filem bertih jagung (popcorn movie), filem senda-gurau-khayalan yang tentu tidak dapat memenangi Oscar untuk filem terbaik.
Keghairahan Emmerich menjahanamkan bangunan-bangunan penting dunia dalam filem-filemnya sebelum ini, ID4, Godzilla dan The Day After Tomorrow, diteruskan lagi dalam satu lagi filem bencana pada tahun ini bertajuk 2012. Sebenarnya ada niat pengarah ini untuk turut memusnahkan Kaa'bah, sama seperti dimusnahkan bangunan lain dalam filem tersebut (sini) dan (sini). Oleh kerana bimbang 'difatwakan' dan setelah dinasihati rakan-rakan, maka Emmerich mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya.
Saya melihat ini satu kejayaan umat Islam seluruh dunia yang telah berjuang selama ini terhadap mereka yang cuba mempersendakan sebarang rujukan terhadap Islam. Namakan sahaja isu sebelum ini: Satanic Verses, Karikatur Nabi Muhammad dsbnya, semua kita bantah dan tentang. Menimbulkan ketakutan terhadap pihak musuh ini membuktikan bahawa umat Islam masih ada maruah. Memang agama kita menganjurkan keamanan, tetapi anjuran itu ada had-hadnya seperti yang telah digariskan dalam agama kita.








.jpg)




0 comments:
Post a Comment