Wednesday, July 08, 2009

"Emas bodoh" atau "emas si tolol"?


'Emas bodoh' jadi kenangan,
Utusan Malaysia, 8 Julai 2009

Inikah yang digusari oleh penyokong PPSMI? Apabila menterjemahkan sesuatu istilah mudah pun kita boleh tersilap.

Iron pyrite mempunyai kilauan kuning keemasan dan tidak menghairankan apabila orang awam seperti yang berlaku di Pendang, mudah terkeliru dan menyangka mereka melombong emas. Oleh kerana itulah iron pyrite dipanggil dalam istilah Barat sebagai fool's gold.

Namun, apabila berita ini disiarkan dalam akhbar Malaysia, tiada orang yang benar-benar prihatin untuk menterjemahkan istilah itu dengan tepat. Makanya dengan mudah fool's gold diterjemahkan sebagai 'emas bodoh'. Di sini, yang dipanggil bodoh adalah emas. Walhal, sebaliknya yang berlaku adalah mineral pirit itu yang berjaya mengelirukan dan mem'bodohi' manusia dengan kilauan emasnya.

Saya fikir sebaiknya fool's gold diterjemahkan sebagai 'emas si tolol' atau 'emas si bodoh' atau 'emasnya orang bodoh'. Dengan penggunaan istilah ini, maksudnya lebih tepat menerangkan peristiwa yang terjadi.

Baca mengenai pirit besi.

0 comments: