Thursday, June 04, 2009

Ustaz (1991), S. Othman Kelantan

Ustaz (1991), S. Othman Kelantan (S.O.K.)
ISBN 983-9706-01-2
Bandar Baru Bangi: Citra Publishing Sdn. Bhd.
m/s 252

Kalau boleh dibuat bandingan, lama sebelum fenomena ‘Ayat-ayat Cinta’, Allahyarham S.O.K sudah pun melahirkan sebuah novel cinta Islami. Malah lebih bagus kerana ‘Ustaz’ lebih setempat dengan mengambil Kota Bharu sebagai settings utama penceritaannya.

Sayang sekali novel ‘Ustaz’ ini diterbitkan secara bebas dan boleh jadi kerana itulah tidak begitu sampai kepada khalayak pembaca dengan meluas. Estet S.O.K atau sesiapa yang menjaga kepentingan intelektual penulis patut mengambil inisiatif untuk menerbitkan kembali novel-novel lama beliau, antara lain seperti Perwira, Angin Timur Laut, Pertentangan dan Nagogho Astana.

‘Ustaz’ merupakan kisah rindu-dendam-cinta antara dua insan muda yang begitu menyentuh perasaan. Dalam novel, kita akan banyak bersimpati kepada Siti Nuriza yang asalnya seorang gadis liar, outspoken, social ala Barat, telah berjaya dipulihkan roh Islam oleh ceramah agama Ustaz Saifuddin di rumahnya. Namun, sang Ustaz pula merasa tertekan kerana merasakan diri tercampak ke lembah dosa kerana mula menyintai Siti Nuriza dalam diam.

Apakah tindakan sang Ustaz dan bagaimana pula Siti Nuriza akan menyampaikan maksud hatinya? Inilah yang diceritakan oleh S.O.K dalam setiap babnya. Sesekali Allahyarham bagai sengaja melengah-lengahkan ceritanya dengan mengembangkan watak-watak lain. Tapi itulah kebijaksanaan penulis dengan gaya dan teknik yang berjaya membuatkan pembaca terus menyelak helaian demi helaian sehingga ke akhir cerita dengan sabar.

4 comments:

awoknie said...

Di mana saya boleh cari novel ini sekarang?

mxypltk said...

Saya beli ni di Kedai Buku Wan Ariffin Sdn.Bhd., No. 32, Jalan Besar, 23000 Dungun.

09-8481464

ninutdearies said...

Assalamualaikum wbt,

Boleh ke kalau saya nak mintak tolong awak belikan untuk saya, dan pos ke Kedah? Kosnya saya akan bayarkan kat awak. Harap sudi membantu. Terima kasih.

shazzana@L7 said...

Assalamua'laikum...

Saya pelajar jurusan Kesusasteraan Melayu berminat untuk mengkaji Ustaz karya S. Othman Kelantan tapi agak sukar utk dptkan buku beliau..
Boleh ke klu saya minta jasa baik encik utk belikan kpd saya..kosnya akan saya bayarkan..
Harap sudi membantu..terima kasih. :)
019-409 3262