Tentu sekali membaca novel Alaf 21 kita akan terpegun dengan usaha mereka untuk memperindahkan produk mereka. Saya fikir syarikat penerbitan lain banyak sudah terikut-ikut gaya Alaf 21 dalam melahirkan produk masing-masing. Selalunya dalam setiap buku Alaf 21 ada disertakan bookmark yang merupakan miniatur kepada cover novel tersebut. Entah bagaimana untuk tahun 2009 ini, sudah ditiadakan. Atau jika sedia ada, ia sudah terjatuh di kilang agaknya semasa pembungkusan dijalankan... :)
Saya tertarik dengan cerita semangat duit ini. Banyak yang saya dengar dulu waktu kat sekolah. Tapi tiada rakan-rakan yang berani nak main permainan bahaya ini. Menurut mereka, semangat ini boleh bantu kita untuk jawab soalan peperiksaan terutamanya Subjek Sejarah...
Saya sukakan pendekatan modernisasi terhadap dunia jin dan alam ghaib seperti yang dibawakan penulis. Idea itu rasanya tidak keterlaluan dan mungkin juga tidak mustahil. Ini kerana manusia adalah khalifah di bumi ini, dan selalunya makhluk lain akan membentuk dan mengadaptasi mengikut kehendak manusia.
Saya juga sukakan penekanan kepada jati diri dimana dalam satu adegan mencuit hati, si antagonis tidak mahu membuang topi buruknya kerana mempertahankan jati dirinya sebagai bangsa Portugis. Lebih menarik kerana si antagonis bukan daripada kalangan manusia. Malah isu-isu lain seperti tulisan jawi, dan pembuangan budaya oleh generasi baru berjaya diketengahkan oleh penulis tanpa rasa bosan.
Cuma saya agak terkilan penulis masih belum membebaskan karyanya daripada cengkaman karya asing terutamanya apabila cuba mengaitkan satu adegan pengembaraan astral dengan filem Harry Potter. Saya fikir penulis fantasi tempatan patut tinggalkan kaedah ini. Saya yakin pembaca fantasi Malaysia tidak perlukan ini semua lagi kerana mereka sudah matang dan cukup berkemampuan untuk menginterpretasi tulisan penulis dengan bebas.
Syabas kepada Serunai Faqir atas karya yang menarik. Ia berjaya memaksa saya tidak tidur awal kerana ingin menyudahkannya.

.jpg)

4 comments:
Salam
Terima kasih kerana membeli dan sudi mengulas novel ini. : )
Usaha murni anda menulis ini mudah-mudahan diberkati Allah. Teruskan saudara SF.
wah, semangat ni!!! cayalah SF! tk buat Ulas Buku dgn ulasannya yg baik.
salam
caya la..satu usaha yang bagus
teruskan usaha saudara SF
*menunggu sambungan Mantera Hitam ngan sabar nye.......
Post a Comment