Monday, December 15, 2008

Kata-kata hikmah Imam Al-Ghazali...

Saya suka ingin memetik kata-kata ini yang saya baca daripada blog Nasriah:

“Hendaklah tukang-tukang cerita waspada terhadap hal-hal bohong dan hikayat-hikayat yang menyajikan perbuatan salah, atau yang tujuan baiknya tidak dapat difahamkan oleh umum. Atau, cerita itu merupakan satu pertarungan antara yang baik dengan buruk, lalu yang buruk mendapat pembelaan yang berlebihan sebelum dikalahkan oleh yang baik. Tanpa disedari, hal ini memberanikan orang berbuat dosa." (Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin)

Bagus juga jika dibuat panduan ketika kita memilih bahan-bahan untuk dibaca nanti.

--

Nasriah Abdul Salam adalah seorang penulis generasi alaf baru yang kini mula mendapat perhatian para peminat sastera tanahair.

No comments: