Novel Remaja: Jian
Penulis: Muhammad Fadli al-Akiti
Penerbit: DBP
No. ISBN: 9836283943
Tahun Terbitan: 2004
Harga Buku: RM10.00
Dari spaceship, virus asing, zombie pemakan manusia, rempuhan kawanan lembu (juga 'Martian burger'), Fadli bagai menulis novel yang mengambil fragmen-fragmen daripada hampir semua filem-filem sains fiksyen Barat yang popular. Filem-filem yang terlintas dalam kepala saya apabila membaca novel ini ialah Mars Attack, ID4, The Andromeda Strain, The Living Dead, Men in Black dan banyak lagi. Bezanya dalam Jian, latar belakang cerita itu kini dilokalkan di Jian, Pahang, Malaysia.
Ada beberapa 'kedutan yang tidak digosok dengan baik' dan memerlukan sedikit perataan agar jalan ceritanya menjadi lebih licin. Paling utama ialah kenapa kerajaan Malaysia dalam cerita fiksyen ini tidak menutup tempat jatuhnya UFO pertama itu pada tahun 1984. Malah tempat itu telah dimajukan pula sehingga terdapat penempatan dan perusahaan di situ.
Saya juga hairan kenapa mereka yang dijangkiti virus filum tersebut mampu bercakap bahasa Inggeris peringkat tinggi, sedangkan cerita ini berlaku di Malaysia. Kenapa tidak dibenarkan mangsa itu bercakap dalam Bahasa Melayu peringkat tinggi. Barulah ada rasa ke-Malaysia-an. 50 tahun kemerdekaan?
Walaupun ini novel remaja dan karya fiksyen sains, saya fikir penulis masih perlu membaiki naratif dan dialog antara watak agar nampak lebih hidup dan dramatik. Dengan itu, tidaklah ilmu sains yang disampaikan melalui karya ini dirasakan kering dan keras. Perkembangan watak juga perlu dibuat dengan lebih mendalam agar tidak wujud secara satu dimensi sahaja.
Fadli tidak akan dikenang sebagai Bapa Fiksyen Sains Malaysia melalui Jian. Tapi saya amat percaya Fadli boleh pergi lebih jauh pada masa-masa akan datang. Saya doakan beliau terus gigih menulis karya fiksyen sains dan satu hari nanti menjadi tersohor kerananya. Kala itu saya percaya Jian akan menjadi buku yang paling dicari-cari di Galeri Buku DBP kerana peranannya sebagai novel sulung seorang penulis fiksyen sains yang tersohor. Insya-Allah.

.jpg)

3 comments:
hahaha, terima kasih :) kritikan yang sangat bagus.. tapi kena ingat, masa menulis tu, mmg termimpi2 filem2 low bajet (kalau tuan pandai, sila korek lagi, sebab kebanyakan yang tuan beri tu masih sipi2), fasal tu banyak lubang (dan bukankah menarik bila secara diam-diam mengkritik kerajaan yg tak tahu tutup rahsia, hahaha)..
oh ya, saya bukan bapa fiksyen sains kita.. bapa fiksyen sains kita sebenarnya Mohd Arrifin atau Meor Shahriman (MISHAR) ataupun (kedua2nya remaja), kalau mahu serius, Rahmat Haroun. Saya penggemar mereka.
btw, penerangan fakta tu i rasa, macam Micheal Crichton buat je.. takde yg kering pun :p
oh ya, mmg saya peminat besar micheal crichton...
en fadli memang hebat sebab jarang anak melayu kita yang meminati genre sai-fai, apatah lagi mengeluarkan intipati-intipati dari idea-idea yang kononnya sudah bersemi.
sekalipun en fadli arif dalam genre ini, tapi en fadli bukanlah pengganti-pengganti para penulis sai-fai yang umurnya telah lanjut. tapi saya yakin, en fadli adalah en fadli
Post a Comment