Monday, April 09, 2007

Kawin-Kawin, Azizi Hj. Abdullah

Karya: Azizi Hj. Abdullah
Tajuk: Kawin-kawin
Terbitan: Utusan Publications (2002)

Buku ini memenangi tempat pertama Hadiah Sako 2 - Novel Nasional pada tahun 2001. Terlebih dahulu dalam Hadiah Sako 1, Azizi pernah memenangi tempat ketiga menerusi novel 'Wi dan William'.

Ini kisah orang gatal nak kahwin. Seorang bujang terlajak bernama Malang mengidamkan untuk kahwin sama Mas Umm dan tinggal di banglo besar kepunyaan Mas Umm. Tapi ini bukan kahwin biasa, Mas Umm suka bertukar laki dan cuma nikah mut'ah saja. Mas Umm amat setia pada kitab Arraya karangan Dr. Demo. Kalau lulus ikut kitab itu, mana-mana lelaki boleh jadi suaminya, asal saja Dr. Demo angguk setuju dan nikah dibaca oleh Abul Ahkam Hajjul Fatawa.

Ini kisah satira, mempunyai 3 belahan dan 24 fasal. Ia memaparkan bahagian manusia paling jijik dan meloyakan dengan watak Malang yang suka cabut bulu ketiak, kentut di tempat awam, korek lubang hidung dsbnya. Berkali-kali sifat buruk Malang ini diulang dalam teks bagi menggambarkan betapa buruknya perangai orang yang munafik, tak ikut suruhan agama dan suka mengamalkan mut'ah.

Dalam belahan kedua, setelah mendapat nasihat Hajjul Fatawa, Malang berhijrah ke daerah Siti Menurra selepas agak kecewa dengan Mas Umm yang terus sambung kontrak mut'ah dengan Muallim. Dia bukan apa, nak tunjuk insaf dan cuba kahwin dengan Siti Menurra untuk dapat pengaruh shj. Tujuan utama masih nak mut'ah dengan Mas Umm. Tapi Siti Menurra pun pandai, nak kahwin boleh, tapi mas kahwin kena bayar dulu - salin al-Quran 30 juzuk, barulah boleh...

Aku suka cover buku ni. Very attractive. Ringkas tapi tetap menawan. Novel ini juga mempunyai ending yang tidak klise. Seperti mana namanya, begitulah nasib yang menimpa Malang. Untuk mengetahui bentuk nasib bagaimanakah yang menimpa, silalah dapatkan novel ini.

3 comments:

Jiwa Rasa said...

Teringat saya pada `mulut ikan puyu'....

mxypltk said...

Memang, pandai betul Pak Azizi (Tukya) memilih perumpaan.

Anonymous said...

Mas Umm : Malaysia
Bani putih: Kolonial British
Pak Syen: Tunku Rahman
Pak Qum: Tun Razak
Muallim: Dr M
Pak su: Tun Ghafar
Syahid:DSAI
Malang:Ku Li
Siti Menurra: Parti PAS
Kita Arraya:Perlembagaan Malaysia