Sunday, March 04, 2007

Atheis (1949), Achdiat K. Mihardja

Tajuk: Atheis
Karya: Achdiat K. Mihardja
Edisi yang dibaca: Penerbit Penamas (1984)

Pertama-tamanya, pembaca haruslah berfikiran terbuka dan sedia menerima pendapat berbeza sebelum membaca buku ini. Pengetahuan agama Islam juga harus kukuh dan tidak mudah termakan pujuk/suasana seperti karakter utama dalam roman ini. Beberapa perkataan dalam buku yang kubaca ini telah dihitamkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab, mungkin akibat tersinggung oleh teks tersebut. Sayang sekali.

Sebuah novel Indonesia yang begitu popular di Malaysia pada ketika dulu (Tahun 1984: Cetakan Ke-7, Malaysia; Cetakan ke-8 di Indonesia); Atheis terus gah di persada antarabangsa sejak ia diterjemah ke Bahasa Inggeris oleh R.J. Maguire, dan diterima dalam UNESCO Collection of Representative Works (1972). Novel ini juga memperoleh Hadiah Tahunan Pemerintah RI tahun 1969 serta diadaptasikan ke layar perak pada tahun 1974 oleh Sjuman Djaya.

Berikut adalah petikan yang ditulis oleh Damhuri Muhammad (2005): Mula Apa istimewanya Aki (demikian panggilan akrabnya) bicara Tuhan? Ia bukan agamawan, kyai, dan pengkhutbah, melainkan novelis angkatan 45 yang dari tangannya lahir maha karya Atheis (1949).

Satu-satunya sastrawan angkatan 45 yang masih tersisa ini sudah terlanjur dicitrakan sebagai “seniman tak bertuhan”. Nama Achdiat K. Mihardja seakan tak terpisahkan dari term “ateisme”. Begitu diskursus ateisme dibicarakan, kurang lengkap bila tak dikaitkan dengan peran kepengarangannya. Kalangan Islam (utamanya dari sayap konservatif) menghujat Aki sebagai sastrawan “murtad”, karena ulah “skeptisisme teologis” yang melekat pada karakter Hasan dalam novel Ateis.

Sebaliknya, kelompok pro komunis bukannya memuji pencapaian estetik Aki, malah memaki-maki karena Ateis ternyata tidak sungguh-sungguh mampu mempertahankan ideologi komunisme yang amat berpengaruh waktu itu. Maka, Aki terjepit di antara dua construct ideologi besar yang saling berseberangan (Komunisme dan Islam). Ia seperti berdiri di antara dua tanduk yang siaga bakal menyeruduk.
Akhir

Novel ini berkisar di Bandung dalam tahun 1939, ambang sebelum Perang Pasifik, ketika mana pihak Kolonial Belanda masih berkuasa. Sesuai dengan pengaruh kolonialisme tersebut, rakyat Indonesia juga mula diresapi budaya kuning dan falsafah -eisme yang bermacam-macam. Paling membimbangkan tentu sekali ateisme.

Di dalam gelumang 'pembaharuan' inilah Hasan hidup, berkelana di Bandung bekerja di syarikat pembekalan air. Di sinilah ia bertemu kembali sahabat lama ketika di kampung, Rusli yang seterusnya membawa kepada perkenalannya dengan Kartini, yang perlahan-lahan mula memikat hatinya. Tidak lama kemudiannya, Hasan merasakan perbezaan nilai antara dirinya yang dididik Muslim sejati dengan gaya hidup bebas Rusli dan Kartini. Hasan lantas menanam azam untuk meng'Islam'kan kembali kedua-dua mereka.

Tetapi, adakah Hasan akan berjaya? Atau dia sendiri yang akan 'larut' dalam 'takungan' yang dia sendiri terjun? Mungkinkan Hasan akan timbul ke tepi dengan penuh kesedaran atau terus tenggelam ke dasar yang paling dalam?

Ditulis dengan penuh gaya kesusasteraan, Ateis disajikan dalam bentuk "Dichtung und Wahrheit" (German: Fiction and Truth). Bagian I hingga II roman ini diceritakan oleh 'Aku' yang bertindak sebagai narrator. 'Aku' didatangi Hasan membawa senaskhah karya mengenai kisah hidupnya. Maka Bagian III sehingga Bagian XII novel ini merupakan kisah yang diangkat daripada karya tersebut. 'Aku' berkali-kali mengatakan bahawa semua nama dan lokasi yang tercatat dalam karya tersebut terpaksa ditulis kembali dan diberi nama lain bagi menjaga kebajikan watak sebenar.

Bahasa Indonesia yang digunakan pula tidak terlalu asing kerana kita masih boleh meneka maksudnya selepas beberapa kali pembacaan. Istilah Belanda yang 'terpaksa hadir' diterjemahkan dalam notakaki di muka surat yang sama.

Amat teruja membaca karya ini, cuma di bahagian tengah novel, tempo menjadi perlahan sedikit tetapi kembali meningkat momentumnya sehingga novel ini tamat dengan 'bang!' yang amat kuat sekali ...literally.

5 comments:

Web Sutera said...

Sdr yg budiman,

Saya sudah beberapa kali mengunjungi laman ini, diperkenalkan oleh sdr Helmy Samad, cuma tidak tinggalkan pesan saja & tanpa salam. Teruskan ulasan buku2 sdr, saya turut menyokong.

Salam ukhuwah.

Jiwa Rasa said...

Buku ini ada dalam senarai buku yang saya teringin nak baca tetapi tak pernah jumpa...:)

Beli kat mana?

mxypltk said...

Tak beli...pinjam di Library. Sayang sekali diconteng orang, tapi masih boleh dibaca.

Ideal said...

Sekadar pandangan...

Walaupun banyak teori-teori anti ketuhanan dalam novel ini, tetapi saya rasa idea utama dalam novel ini lebih kepada konsep yang menerima ketuhanan. Lihalah sahaja bagaimana Kartini akhirnya tidak tentu arah - tidak tahu kepada siapa yang mahu mengadu - sehingga yang tinggal cumalah Tuhan tempat mengadu.

Mandala Kenangan said...

saya pn pernah membacanya di library aswara dulu..