Thursday, December 01, 2011

US online bookstores; free shipping worldwide

Hi everyone,

https://www.fishpondworld.com/
http://www.betterworldbooks.com/

These two websites from US offer no shipping cost worldwide;
you just pay for the books, free shipping.

Now exchange around 1USD = 3.22MYR
Go check it out.

--

Thursday, November 03, 2011

Melaka ditubuhkan pada 1262 pulak doh

Penyelidik: Melaka diasaskan pada 1262, bukan 1400 
 
Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri Melaka menemui tarikh baru kerajaan Melayu Melaka diasaskan iaitu pada tahun 1262, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, penemuan tarikh baru itu sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 1278 oleh pasukan penyelidik itu pada bulan lalu.

Dengan penemuan tarikh baru itu (1262) juga menolak pendapat penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) di Melaka, hari ini.

Pasukan penyelidik dengan sembilan anggota termasuk pakar sejarah dari universiti tempatan, dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mereka diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenal pasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lalu.

Mohd Ali berkata, pasukan penyelidik berkenaan memilih tahun 1262 itu berdasarkan kepada sumber daripada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang Sultan Johor yang merupakan pemilik naskah tersebut.

- Bernama

Mengambil keputusan daripada satu sumber seperti Sejarah Melayu bukanlah satu keputusan yang boleh dikatakan muktamad. Sejauh mana tepatnya maklumat daripada Sejarah Melayu ini banyak boleh dipertikaikan. Orang kita sejak dulu sampai sekarang cuma ada dan bergantung pada 'Sejarah Melayu' itu sahajalah. Kita tidak punya tradisi menyimpan rekod istana seperti tamadun China yang wujud beribu-ribu tahun yang lampau.

Lagi pula kenyataan ini disokong pula oleh tokoh politik yang selalu mengambil keputusan unilateral dengan mengisytiharkan sesuatu fakta tanpa perlu diperdebatkan dalam dunia akademik terlebih dahulu. Kena la publish paper terlebih dahulu, ada tokoh akademik lain review dulu paper tu. Barulah fakta boleh pakai. Kalau cam gini mengubah sejarah tidak mengapa pula.

Kalau benar 1262, siapa pula Sultan-sultannya? Atau jika belum dipanggil Sultan? Siapa tokoh-tokohnya? Orang Laut memang dah lama tinggal di area Melaka tu, jadi mereka inilah agaknya yang menubuhkan Melaka. Banyak lagi jadi persoalan.

--

Sunday, October 23, 2011

Al Fatihah buat Muammar Gaddaffi (1942-2011)

Muammar Gaddafi (1942-2011)

This is no way to treat a human being.

Mereka yang mengelilingi Gaddafi pada hari kejadian tentu sudah tiada iman. Sanggup mereka membelasah orang tua ini, yang tidak berdaya, dan lemah, setelah orang yang sama pernah memimpin mereka semasa senang dan semasa susah selama 40 tahun yang lepas.

Apa pun salahnya, Gaddafi patutlah dibicarakan di dalam mahkamah seperti halnya arwah Saddam Hussein. Mujurlah Saddam Hussein itu ditangkap oleh tentera US, yang sekafir-kafir mereka masih punya hati dan perasaan untuk memperlakukan Saddam seperti manusia.

Inilah imej orang lslam yang sengaja dipaparkan dan boleh dibaca secara halus oleh orang bukan Islam bahawa orang Islam ini tidak berperikemanusiaan dan pengganas. Terbuktilah 'tuduhan' mereka selama ini. Mana sifat sabar yang ditekankan oleh Rasulullah, terhadap musuh yang lemah dan tidak berdaya. Dan bukankah Gaddafi ini juga seorang Muslim, yang tetap bersaudara dunia dan akhirat dengan kita?

Adakah sewaktu mereka memukul Gaddafi ini, mereka manusia ber"agama" Islam atau manusia ber"bangsa" Arab yang dulu terkenal zalim ketika zaman Jahiliyyah?

Sebenarnya berjaya sudah agenda musuh Islam, yang saya lihat sengaja mencetuskan rusuhan negara Arab yang bermula di Tunisia (negara jiran Libya). Apa yang saya boleh 'baca' ialah musuh Islam mengharapkan apa yang berlaku di Tunisia segera berjangkit ke Libya. Malangnya, yang terkena ialah Mesir dahulu (mereka tidak peduli sangat pada Mesir kerana Mubarak sudah lama jadi kawan mereka). Mereka mahu jangkitan revolusi Tunisia ke Libya, kerana mahu lihat Gaddafi segera jatuh.

Seorang lagi kepala negara Arab yang tidak sebulu dengan musuh Islam ialah Bashar Assad (Syria), yang mewarisi ketidakserasian itu daripada arwah bapanya, Hafeez Assad. Percayalah bahawa Projek Assad ini akan menjadi agenda mereka seterusnya (yang kini sudah berjalan pun dengan ketegangan berterusan di Syria).

---

Thursday, October 20, 2011

Apa nilai sejarah untuk insan sekerdil kita?



 Author: Syed Muhammad Naquib Al-Attas  
 Publisher: Penerbit UTM Press 
 • 2011 • ISBN 978-983-52-0789-1 • 170 pages • 0.5 kg • Edition 1


Saya menulis ini kerana geram pada buku ini yang berharga pada luar jangkauan saya sekarang. Akhirnya seperti musang yang gagal memakan anggur dalam Aesop's Fables, saya ingin bertanya, Apa nilai sejarah untuk insan sekerdil kita? 

Setelah membaca mana-mana buku sejarah, paling sedikit insan kerdil boleh buat ialah kagum pada insan yang menulis buku tersebut. Betapa masa dan keringat yang telah dicurahkan mereka dalam menghasilkan karya tersebut. 

Dengan hanya setebal, bukan, dengan hanya senipis 170 muka surat, berapa banyak sangatlah boleh cerita. Paling penting, berapa banyak pula yang tidak diceritakan dalam karya tersebut? 

Sejarah hanya boleh dicipta jika kita berkuasa. Lihat sahaja Lenin. Lihat sahaja Hitler. Insan kerdil menjadi bahan sejarah bukan pencipta sejarah. Mereka boleh kagum dan insaf dengan sejarah, tapi itu sahajalah hasilnya.

Big Bad Wolf (BBW) 2011, MAEPS Serdang

Untuk sampai ke BBW 2011, Serdang, nampaknya tiada banyak pilihan melainkan terpaksa menaiki tren Komuter. Dari stesen KTM, aku naik teksi kerana MAEPS agak terpencil dan tiada bas yang ke sana. Pakcik teksi bagi harga tiada runding, RM24.00.Sekitar jam 9.15 pagi, hari ke-2 BBW, aku akhirnya tiba di MAEPS.

FYI, di MAEPS inilah saban tahun diadakan ekspo MAHA, ekspo pertanian tu. Dengar cerita, Universiti Perdana yang baru buka tu pun ada kampus tumpang di sini. Pakcik teksi tak dapat nak hantar sampai ke pintu utama, sebab ada road block untuk kenderaan awam. Security ada di mana-mana. Tak tahulah samada mereka ini yang sedia bertugas di MAEPS ataupun diupah ke sana oleh penganjur. 

Tidak ingin memanjakan diri dan menunggu lama untuk shuttle yang disediakan, aku menapak sahaja. Berbaloi juga, sebab sekurang-kurangnya aku dapat berbaris-baris di bahagian hadapan.

Cerita pasal berbaris ni, anda akan kagum dengan sesetengah sifat orang kita. Mereka datang lewat tapi dapat potong ke depan dengan berkata seperti ini, 'Eh, itu Hisham kan, kat depan tu? Rakan kita masa kat U itu hari...', lalu dengan sekonyong-konyong memintas ke depan dan menyapa 'Hisham' tersebut dan dapatlah mereka tempat di hadapan. Ini berlaku semasa BBW 2010, dan akan berlaku lagi pada masa hadapan. Percayalah.

Oleh kerana BBW 2011 kali ini ditaja oleh Kad Kredit OCBC, maka istimewa kali ini, setiap yang berbaris untuk masuk ke dalam akan diganggu oleh salesperson mereka. Aku rasa bertuah kerana dua kali disapa mereka, tapi setiap kali juga aku buat muka manis menolak pelawaan mereka. Kesian pun ada pada mereka tu, cari rezeki dengan cara tu, tapi hari tu aku perlu kesian kat diri aku dulu.

Pukul 10.00 ke atas, pintu siap dibuka dan akhirnya orang ramai dibenarkan masuk. Yang kurang cerdik pergi rebut cari kotak dulu yang diletakkan hampir dengan pintu masuk. Dah sampai sini, surveylah buku dulu. Tapi tidak mengapa, kesilapan mereka adalah keuntungan buatku. Aku dah siap bawak beg, tinggal pilih buku jer.

Sedikit kecewa buku Stephen King (SK) tiada bersisa, buku Richard Bachman adalah. Mungkin ada orang tidak tahu, nama kedua itu nama pena SK juga. Tapi sayang buku yang tinggal tu, sudah pun kubeli pada BBW 2010. Mungkin tahun ini, tiada novel SK yang ditawarkan, kataku nak menyedapkan hati. Inilah padahnya kalau datang hanya pada hari kedua, kita tak tahu apa yang sudah kita miss pada hari pertama.

Sedikit kecewa, aku hanya pulang membawa 'consolation prize' dan dengan belanja yang kurang sedikit berbanding BBW 2010. Tidak mengapalah, panjang umur, ada rezeki, BBW 2012 aku akan pergi, tidak kiralah kat mana mereka anjurkan.

Yang harga RM8
a) Agatha Christie, Then They Were None
b) Klasik 'African Queen'
c) Michael Crichton, Pirate Lattitudes
d) 3 novel Jeffrey Archer
e) James Bond, Devil May Care
f) Haunted Heart: The Life and Times of Stephen King
g) Samir El-Youssef, The Illusion of Return

Yang harga RM10
a) John Woo's 7 Brothers (comic)
b) 4 buku kanak-kanak




Monday, September 12, 2011

Death by misadventure

Kalau bahasa Melayunya, apa ya? Mati kerana salah kembara? Sebenarnya, mati kerana kemalangan bukan disebabkan jenayah atau kecuaian.

misadventure [ˌmɪsədˈvɛntʃə] noun

1. an unlucky event; misfortune
2. (Law) Law accidental death not due to crime or negligence
Collins English Dictionary – Complete and Unabridged © HarperCollins Publishers 1991, 1994, 1998, 2000, 2003.

---

Thursday, August 18, 2011

Senarai Karya Azizi Hj. Abdullah

Azizi Hj. Abdulah (1942-2011)

Al-Fatihah. 
Semoga ditempatkan dikalangan mereka yang diredhai Allah.



Novel
Garis Lintang Anak Haram. Kuala Lumpur : Pustaka Sari, 1968.
--
Senja Belum Berakhir. Singapura : Pustaka Nasional, 1971.
Bila Hujan Malam. Kuala Lumpur : Amir Enterprise, 1976.
Sami Mekong. Kuala Lumpur : Penerbitan Utusan Melayu, 1976.
Tini. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor, 1977.
Ayah Bonda. Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pelajaran, 1978.
Di Kolam Mulhamah. Kuala Lumpur : Garis Cinta Books, 1978.
Gadis Itu Bernama Ina. Petaling Jaya : Karya Pub. House, 1978.
--
Seorang Tua di Kaki Gunung. Kuala Lumpur : DBP, 1982.
Debu Takdir. Subang Jaya : Tra-Tra Publishing, 1982.
Dee. Shah Alam : Marwilis Publisher, 1987.
Melukut Kota. Kuala Lumpur : Penerbitan Azam , 1987.
Asyraq. Kuala Lumpur : Penerbitan Azam , 1987.
Juak. Kuala Lumpur : DBP, 1989.
--
Yang Merusuh. Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan, 1991.
Tukcai. Petaling Jaya : Fajar Bakti, 1991.
Menebus Maruah. Shah Alam : Marwilis Publisher, 1991.
Beruk. Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan, 1991.
Anak Kampung Kuala Raga. Kuala Lumpur: DBP, 1991.
Anak Belantara Tropika. Shah Alam : Marwilis, 1992.
Cahaya di Pedalaman. Kuala Lumpur: DBP, 1992.
Dunia Bukan Syurga. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, 1993
Sinappapal. Kuala Lumpur: DBP, 1993.
Suriati. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, 1993.
Hoi!. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1994.
Wi dan Wiliam. Seri Kembangan: Utusan Publications, 1995.
Buih. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, 1995.
Ateik Putriba. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, 1996.
Ayahanda. Kuala Lumpur : Creative Enterprise, 1997.
Pencinta Alam. Kuala Lumpur: Berita Publishing, 1998.
--
Kawin-kawin. Seri Kembangan: Utusan Publications , 2002.
Sangeetha. Kuala Lumpur: DBP, 2006.
Memoir Seorang Guru. Selangor: Alaf 21, 2007.
Harga Sebuah Maruah. Kuala Lumpur: DBP, 2007.
Zikir Rindu. Shah Alam: Alaf 21, 2009.
Daerah Beta. Kuala Lumpur: DBP, 2009.
--
Badai Cinta. Kuala Lumpur: Al-Ameen, 2011.

Antologi Cerpen
Latifah Rabbaniah. Kuala Lumpur : DBP, 1976.
Keakuan. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (Asia), 1978.
--
Rindu Bonda. Pulau Pinang : Teks Publishing, 1980.
Songsang. Kuala Lumpur : Teks Publishing, 1984.
Pertiwi. Kuala Lumpur : Teks Publishing, 1985.
Mardudah. Shah Alam : Marwilis Publisher, 1987.
Istiqamah. Kuala Lumpur : DBP, 1988.
Bibit Cinta. Kuala Lumpur : Penerbitan Pena, 1989.
--
Jangan Pisahkan Aku!. Petaling Jaya : Penerbit Sasbadi, 1997.
--
Pendoa Yang Ikhlas. Kuala Lumpur : DBP, 2005.

Antologi Bersama
Intan Terpilih. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu, 1966.
Terkangkang. Melaka : Gerkap Sekawan, 1969.
--
Cerpen-cerpen Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977.
--
Jelapang. Pulau Pinang: Teks Publishing, 1981.
Bunga Gunung. Kuala Lumpur: Berita Publishing, 1982.
Jelapang II. Pulau Pinang: Teks Publishing, 1983.
Menjunjung Titah Perintah. Subang Jaya: Tra-Tra Publishing, 1984.
Titian Laut. Kuala Lumpur: DBP, 1984.
Angin Pulau. Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1985.
Dongeng Merdeka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985.
Alun Menggulung Perlahan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1986.

Antologi Sayembara
Sesudah Senja. Kuala Lumpur: Utusan. 1990. 'Zaimah Yang Kubunuh'.

Bukan Fiksyen
Gaya Hidup Ranggi. Merbok: Teras, 2002.
Siapa Khianat Siapa. Kulim : Penerbitan Azizi, 2003.
Luka Rakyat. Kedah: Teras, 2003.
UMNO Kelamkabut & Fobia Oktober. Kulim, Kedah : Penerbitan Azizi, 2003.
Ulat-Ulat UMNO. Kulim: Penerbitan Azizi, 2004.
Hentikan Hutang dan Boros. Penang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2005.
Kuras-Kuras Kreatif. Kuala Lumpur: DBP, 2007.
Sayap-Sayap Selepas Senja. Penang: Goal Intelligent Publishing, 2008.
Mustadh'afin Yang Tertindas. Penang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2008.
Jiwa Hamba. Penang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2008.

Rujukan:
  • OPAC Perpustakaan Negara Malaysia (search= Azizi Haji Abdullah)
  • Shamsudin Jaafar (pysn.) (2005). Wajah: Biografi Penulis Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlmn. 266-272.
--